Pintu selalu terbuka. Non family member are not allowed.
Monday, June 29, 2020
Almost every weeks we spent our weekend here. Very lucky to have Kampong like this.
Landmark : Teratak Riverview
Pak Tam the Lagend. Bukan calang-calang orang boleh duduk sorang-sorang dalam hutan tanpa bekalan elektrik berbelas-belas tahun. Bayangkan bila malam, hari bertukar menjadi gelap, hanya bulan dan siulan unggas menjadi peneman.
Lain-lain bender jangan ceritalah....
Masuk sini semua orang kenal ini orang.
Jangan buat Hal...
Kambing peliharaan Pak Tam
Abg Long sudah kenyang.
Minggu depan InsyaAllah gugur buah durian ni.
Buat jalan turun aka tangga Batu.
Inilah dia jalan turun ke sungai yang baru, jalan turun satu lagi sudah runtuh. Kira siaplah lah tu. Janji boleh guna. Biasalah kami contractors class A. Air Sungai Bernam memang jernih dan sejuk jarang mengecewakan.
Cuba cari bender tersembunyi.
Hajat yang dilepaskan.
Friday, June 26, 2020
Drive Thru SK. St Mary
Siapa kata McD sahaja ada drive thru, ini bukan mainan, ini betul betul, masjlis ambil buku sekolah anak, Sila lalu dan sebut no. giliran nama anak.
Solat Jumaat penuh syahdu
Setelah sekian lama akhirnya, berjaya juga menunaikan solat Jumaat di Masjid. Rindu rasanya dengan khutbah Jumaat. Harini, dengan penuh kezaman pukul 1.00 petang terus start motor bergegas nak pergi masjid untuk Solat Jumaat. Berbagai bagai perkara bermain di kepala, bagaimanalah gayanya memunaikan solat Jumaat dengan mengambil kira penjarakkan sosial dan norma-norma baru bagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Dari rumah, lebih kurang lima minit, sampai ke perkarangan Masjid Al Firdaus, Selayang. Nampak sunyi keadaan sekeliling, rupanya, pintu pagar masjid berkunci. Terlintas pula difikiran Masjid di Taman Melati, Selayang Utama. pergi pula kesana. Sampai didepan pintu masjid terpampang satu notis, menyatakan masjid ditutup sehingga diberitahu kelak. Rasa hampa pun ada. Pilihan terakhir adalah Masjid Al-Ikhwan Taman Wilayah, akhirnya, inilah masjid yang buka.
Sungguh indah rasanya Solat Jumaat hari ini. Melangkah kaki ke dalam rumah Allah ini sudah melahirkan satu perasaan yang sungguh syahdu. Terasa seperti terharu kerana dipertemukan Masjid yang melaksanakan Solat Jumaat dan semestinya pelbagai peraturan perlu dipatuhi. dengan kepadatan penduduk di sekitar Selayang, pelbagai perasaan hadir. Syukur Ya Allah kerana dalam banyak-banyak hambamu, aku bersyukur di berikan kesempatan kali ini untuk sujud didalam rumahMu melaksanakan Solat Jumaat. Terpilih berada di dalam rumahMu sudah membuatkan sebak. Satu perasaan yang sikar di ungkap dengan patah perkataan.
Syukur YaAllah dengan segalanya ketentuan yang telah Kau rencanakan buat hambaMu.
Sunday, June 21, 2020
Subscribe to:
Comments (Atom)

















































