Sunday, June 14, 2020

Pondok Baru sedang dalam pembinaan

Pak Zam, orang yang bertanggungjawab mrmbina semula pondok Makngah. Dibantu oleh Hassan Dan Husein anak kepada Bapak Hanif. Diharap pondok ini akan cepat siap dan menjadi teduhan yang mendamaikan suatu masa nanti.



Friday, June 12, 2020

Durian sudah kembali

Setahun sekali,  Musim durian datang lagi, macam lagu raya plak. Musim buah durian dan buah manggis sudah kembali, dalam perjalanan pulang ke kampung Tanjung Malim aka Muallim sudah banyak gerai gerai tepi jalan yang menjaual durian. itu tandanya Musim Raja Buah sudah kembali. Entah kenapa, bila duduk dalam dusun durian ni, terasa tenang sekali. Tengoklah sendiri kedaan dusun nie. 



Bersebelahan dusun pulak kuat terdengar deruan air sungai. Orang kata makan durian nanti badan panas, boleh sejukkan dengan berendam dalam sungai. Tahun ini, bukan durian yang di dusun sahaja, durian di dusun sebelah (Dusun Pajak) juga berbuah. Inilah dinamakan bersyukurklah ada dusun, walaupun bukan ana yang empunya. Ini dusun omak mertuo den punyo. Kita tompang kemerian kasi pecah










Thursday, June 11, 2020

Selepas Sempadan Dibuka

Selepas sempadan dibuka, Apa lagi jom test, setelah sekian lama tak balik kampung. Sampai je Tanjong Malim, singgah makan dilu di Rumah Makan. Harga sini agak mahal tapi rasa agak sedap. Lokasi dia betul betul bertentang dengan Pau Yik Mun. Ini pintu gerbang adalah landmarknyer.



 Stesen Bas tanjong Malim masih lagi sunyi. Ada beberapa bas sahaja disana. Mungkin orang ramai masih lagi belum percaya hari ini sudah boleh rentas negeri. Bak kata Menteri Kesihatan, Kit masih lagi belum menang melayan Wabak Covid-19. Stay Safe at Home.


 Inilah dia pemandangan sempadan diantara Tanjung Malim dan Uu Bernam yang sudah dibuka. 
Gambar ini diambil pada 10 Jun 2020 hari pertama sempadan dibuka.


*Musim buah sudah kembali. Pak Tam kata durian sudah pandai mau belajar gugur.


Hakisan Air Merobohkan Pondok

Dulu pondok ini tersergam indah. Gabungan kayu pokok dan batu menjadikan ianya kelihatan rare. Hari ini, dengan kedudukannya yang terletak hanya beberapa meter daripada sungai, menjadikan ianya terancam. Kesan daripada hakisan dan banjir yang berlaku, pondok ini menanti masa untuk runtuh. Ini adalah pondok Makngah yang dulu tersergam umpama menara kawalan disebabkan rekbentuknya yang dibina sedikit tinggi berbanding yang lain. Setelah hampir 15 tahun berdiri akhirnya ianya tumbang juga. *Pondok baru is coming, Wow....






Hari Pertama Sempadan DiBUKA. 10 Jun 2020

10 Jun 2020 merupakan hari bersejarah dan ini merupakan hari pertama sempadan Tanjung Malim dibuka semula selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 7 Jun 2020.




Ini bermakna penduduk Ulu Bernam (Selangor) sudah boleh memasuki daerah Tanjung Malim (Perak) bermula pada pada 10 Jun 2020. Sempadan kedua daerah ini telah ditutup sejak 3 April 2020 bagi membendung penularan wabak Covid-19.


Friday, March 27, 2020

Hasil tangkapan sungai belakang kebun

Sungai ni bukan sahaja airnya jernih malah terdapat juga ikan yang hidup didalamnya. 
Nama ikan tak past tapi boleh dimakan dan sedap. 


Chef bertugas hari ini....



Nelayan hari ini ....