Friday, June 26, 2020

Drive Thru SK. St Mary

Siapa kata McD sahaja ada drive thru, ini bukan mainan, ini betul betul, masjlis ambil buku sekolah anak, Sila lalu dan sebut no. giliran nama anak.




Solat Jumaat penuh syahdu

Setelah sekian lama akhirnya, berjaya juga menunaikan solat Jumaat di Masjid. Rindu rasanya dengan khutbah Jumaat. Harini, dengan penuh kezaman pukul 1.00 petang terus start motor bergegas nak pergi masjid untuk Solat Jumaat. Berbagai bagai perkara bermain di kepala, bagaimanalah gayanya memunaikan solat Jumaat dengan mengambil kira penjarakkan sosial dan norma-norma baru bagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Dari rumah, lebih kurang lima minit, sampai ke perkarangan Masjid Al Firdaus, Selayang. Nampak sunyi keadaan sekeliling, rupanya, pintu pagar masjid berkunci. Terlintas pula difikiran Masjid di Taman Melati, Selayang Utama. pergi pula kesana. Sampai didepan pintu masjid terpampang satu notis, menyatakan masjid ditutup sehingga diberitahu kelak. Rasa hampa pun ada. Pilihan terakhir adalah Masjid Al-Ikhwan Taman Wilayah, akhirnya, inilah masjid yang buka. 
Sungguh indah rasanya Solat Jumaat hari ini. Melangkah kaki ke dalam rumah Allah ini sudah melahirkan satu perasaan yang sungguh syahdu. Terasa seperti terharu kerana dipertemukan Masjid yang melaksanakan Solat Jumaat dan semestinya pelbagai peraturan perlu dipatuhi. dengan kepadatan penduduk di sekitar Selayang, pelbagai perasaan hadir. Syukur Ya Allah kerana dalam banyak-banyak hambamu, aku bersyukur di berikan kesempatan kali ini untuk sujud didalam rumahMu melaksanakan Solat Jumaat. Terpilih berada di dalam rumahMu sudah membuatkan sebak. Satu perasaan yang sikar di ungkap dengan patah perkataan.

Syukur YaAllah dengan segalanya ketentuan yang telah Kau rencanakan buat hambaMu.



Sunday, June 21, 2020

Minggu depan jumpa lagi











Membaiki tangga

Tajuk:  
Membina,menaik taraf dan menyiapkan sebuah tangga batu laluan khas ke sungai dengan rekabentuk khas bertingkek-tingkeek yang mengandungi sebuah tiang, batu sungai, simen dan pasir bagi kemudahan Jalil's Family. 

Tempoh mula dan siap:
2 jam dengan ketahanan sampai bila bila. 

Contractor:
Anak, menantu dan bapaknyer. 

Arkitek:
Anak, menantu dan bapaknyer juga.






Durian oh Durian kenapa engkau sedap.

Ramai yang suka makan durian. Rasanya amat sedap. Raja buahlah katakan. Beruntunglah pada yang ada dusun sendiri. Musim-musim durian ni, Kita dapat tengok side effect makan durian. Yg paling rare ialah, semua jadi berani. Hujan, gelap malam, semak samun selamba je dia redah cari durian. Durian menjadikan Kita berani. Betultak? Lagi berani kalau orang cuba-cuba ambil durian kita, nampak kecik besar je .... Yang pastu durian yang besar harga dia mahal. Harini punya hasil bukan sahaja besar macam macam saiz ada dari kecik, besar, sedang, lonjong, leper, kemek pun ada. Indahnya nikmat kurniaan Allah S.W.T.





 



Hari ini, sekurang-kurangnya 60 biji dibawa keluar untuk dibawa pulang. 
Alhamdullillah. Ada rezeki jiran dan sahabat handai.


Sunday, June 14, 2020

Project Potong Rumput

Ini adalah tanah lapang yang bakal menempatkan sebuah istana hinggap En. Jalil, Pn. Maznah and family. Proses pembinaan akan bermula tidak lama lagi. Keluasan tanah ini adalah 100 x 70 kaki persegi. Lokasi di Kampung Pinang. Kelak bakal menempatkan sebuah bangunan berskala sederhana dengan dilengkapi 5 unit parking kereta, sebuah kolam renang, sebuah kolam ikan, 2 bilik tidur, 2 bilik mandi dan macam macam lagi kemudahan bertaraf exclusive gitu.
Status terkini, baru potong rumput dan racun lalang. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM ($Boleh tahanlah).
Terima kasih Pak Tam tolong bantu potong lalang.


Sarang burung tempua. Unik sungguh penciptaan dana rahmat tuhan.






Indahnya ciptaan Allah S.W.T

Hanya ucapan syukur yg mampu dititipkan dengan segala nikmat yang telah diberikan.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ?





Kali ini balik kampung tak boleh mandi sungai. Sebab air sungai deras. Kita tengok je sungai tu.